Yang tentang tajuk sebelum ini, iwan nak sambung tapi bukan cerita pasal dia, ini pasal orang lain pula.
Iwan dah dikira happy ending sebab tak rapat dengan dia.. Tapi masih lagi ada manusia suruh iwan berbaik dengan dia semula. Keputusan iwan dah muktamad. Bukan senang-senang iwan nak minta maaf dekat dia selepas kata-kata mulutnya yang asyik nak betul je.. Yang iwan ni macam tak diterima pendapat. So, ada lah juga manusia ini suruh iwan berbaik dengan dia sampai memaksa. Iwan tak mahu berbaik sebab iwan pernah buat salah dekat dia, tapi iwan dah minta maaf. Iwan ada peluang yang kedua. Tapi yang kedua juga iwan telah buat salah. Ye iwan tahu yang iwan ada buat salah tapi kenapa tak boleh nak terima kesalahan orang. Manusia selalu buat salah dan dia seolah-olah takkan terima maaf iwan dan dia mengungkit kesalahan iwan. Mungkin nanti dia anggap iwan salah faham ataupun terasa, Padahal tak. Iwan sakit hati dengan apa yang dia cakap. Terasa dengan sakit hati lain maksud. Mungkin dia kata iwan salah faham dengan apa yang dia cakap tapi memang kenyataan pun, maksud yang dia nak sampaikan adalah tak nak rapat dengan iwan. Iwan terima sahaja.
Tapi iwan ada rasa sedikit kelakar sebab dalam mulut-mulutnya yang asyik nak bergosip, dia tak cemerlang dalam peperiksaan. Dia gagal... Iwan memang tak tabik dengan dia sebab dia tak punyai kelebihan. Ada juga manusia kata iwan asyik mengelak darinya. Ya, iwan memang mengelak sebab iwan tak nak pandang mukanya. Lagi pandang, lagi sakit hati. Iwan malas nak rapat dengan dia. Dahla tak hargai apa yang iwan buat, lepastu nak mengungkit. Patutlah boyfriendnya break up dengannya. Disebabkan mulutnya yang macam selamba, iwan dah malas nak rapat. Iwan lagi suka balik awal daripada tunggu dia dan member dia. Semua gambar dan nombor telefon dia iwan buang sebab menghabiskan memory telefon iwan. Huhuhuhu..
Sampai situ sahaja laaaa... Dah puas.. Hehehe
Jumpa lagi... ✌️👋