7 Mac 2013 - halo... Sudah sebulan tak update blog. Maklumlah sibuk sebab iwan sudah senior tahun ni.. Yeaaa!! Iwan sebenarnya dah berhasrat untuk tak mahu jumpa kawan-kawan yang telah menyakitkan hati iwan. Wopps iwan rasa iwan dah lari tajuk pula. Hehe
Iwan nak cerita tentang betapa mencabar di sekolah di awal tahun ini. Pelbagai masalah yang telah timbul dikeliling iwan. Hummm... Ada yang masalah cinta, dengki, pilih kawan, lupa diri, pentingkan diri sendiri, bangga diri. Iwan juga telah melakukan kesilapan iaitu iwan suka tulis masalah iwan dekat twitter. Sebenarnya iwan bukan nak beritahu satu dunia (padahal iwan guna BM bukan english), tapi iwan rasa tercabar dengan seseorang itu. Tapi iwan telah mempelajari sesuatu tentang masalah ini.
Ada kawan iwan yang sudah putus cinta, mungkin sebab ada pihak ketiga yang dengki dan menjadi penghalang. Iwan tak nak cerita panjang, takut jadi fitnah. Iwan juga telah mempelajari sesuatu dekat mereka iaitu jangan jaga tepi kain orang, jangan kacau kebahagiaan orang lain, kena berlaku adil dalam kasih sayang dan kemanisan cinta.
Persoalannya, kenapa tahun ini lebih handal cabaran dari tahun yang sebelumnya? Ada juga kawan iwan yang pentingkan diri sendiri, bangga diri, pilih kasih. Tapi nak buat macam mana, mungkin sebab ada yang sokong dan terima seadanya dengan perangai sebegitu.
Tapi iwan redha dengan punyai sahabat sebegitu. Iwan sebenarnya cukup sabar dengan mereka, tapi iwan nak menjadi seorang yang berfikir dulu sebelum membuat keputusan. Jangan tunjuk keegoan diri dan kalau ada masalah jangan bermula dengan pergaduhan, mulakan dengan berbicara secara berduaan atau peribadi. Itulah namanya erti persahabatan yang sebenar.
Baiklah sampai sini sahaja iwan punya punya al-kisah. Byebye



