Le pics

Le pics
Bxxxh

the story of mine

nuffnang ads

Followers

Friday, 9 October 2015

Say Something - A Great Big World feat Christina Aguilera

Hey, since I never active in this blog, I didn't update any story things happened to me. So I went to UiTM Puncak Perdana to study film in Faculty of Film, Theatre & Animation. This is my first time making a video not only for assignment, also for myself. We're choosing Say Something - A Great Big World feat Christina Aguilera, because this is the perfect song to tell about life combining romance story. Hence, to show how the song speaks to our soul. Furthermore, thank you to the Entitled Productions crew for making this project happened and succeed. Below is the link where anybody who views this blog is allowed to watch on youtube. Hope enjoy, Thank you.

https://www.youtube.com/watch?v=CLyAoFc3BDs

Summertime Sadness

https://www.youtube.com/watch?v=YSAUyheXYbY


Hey, since I never active in this blog, I didn't update any story things happened to me. So I went to UiTM Puncak Perdana to study film in Faculty of Film, Theatre & Animation. This is my first time making a video not only for assignment, also for myself. I'm choosing Lana Del Rey - Summertime Sadness as my music video project because I adore her and she create unique music to her fans. Furthermore, thank you to the Entitled Productions because being a part of this project. Above is the link where anybody who views this blog is allowed to watch on youtube. Hope enjoy, Thank you.

Monday, 23 September 2013

Selamat tinggal #%^* baik

23 Sept 2013 - haloo... Im back.!! Ada lagi beberapa hari lagi nak SPM.. So kene buat betol2 tapi skarang ni still lagi ade masa nak bergosip, tapi siket jela boleh.. Nanti trjejas lak pelajaran. 
Yang tentang tajuk sebelum ini, iwan nak sambung tapi bukan cerita pasal dia, ini pasal orang lain pula.

Iwan dah dikira happy ending sebab tak rapat dengan dia.. Tapi masih lagi ada manusia suruh iwan berbaik dengan dia semula. Keputusan iwan dah muktamad. Bukan senang-senang iwan nak minta maaf dekat dia selepas kata-kata mulutnya yang asyik nak betul je.. Yang iwan ni macam tak diterima pendapat. So, ada lah juga manusia ini suruh iwan berbaik dengan dia sampai memaksa. Iwan tak mahu berbaik sebab iwan pernah buat salah dekat dia, tapi iwan dah minta maaf. Iwan ada peluang yang kedua. Tapi yang kedua juga iwan telah buat salah. Ye iwan tahu yang iwan ada buat salah tapi kenapa tak boleh nak terima kesalahan orang. Manusia selalu buat salah dan dia seolah-olah takkan terima maaf iwan dan dia mengungkit kesalahan iwan. Mungkin nanti dia anggap iwan salah faham ataupun terasa, Padahal tak. Iwan sakit hati dengan apa yang dia cakap. Terasa dengan sakit hati lain maksud. Mungkin dia kata iwan salah faham dengan apa yang dia cakap tapi memang kenyataan pun, maksud yang dia nak sampaikan adalah tak nak rapat dengan iwan. Iwan terima sahaja.

Tapi iwan ada rasa sedikit kelakar sebab dalam mulut-mulutnya yang asyik nak bergosip, dia tak cemerlang dalam peperiksaan. Dia gagal... Iwan memang tak tabik dengan dia sebab dia tak punyai kelebihan. Ada juga manusia kata iwan asyik mengelak darinya. Ya, iwan memang mengelak sebab iwan tak nak pandang mukanya. Lagi pandang, lagi sakit hati. Iwan malas nak rapat dengan dia. Dahla tak hargai apa yang iwan buat, lepastu nak mengungkit. Patutlah boyfriendnya break up dengannya. Disebabkan mulutnya yang macam selamba, iwan dah malas nak rapat. Iwan lagi suka balik awal daripada tunggu dia dan member dia. Semua gambar dan nombor telefon dia iwan buang sebab menghabiskan memory telefon iwan. Huhuhuhu.. 

Sampai situ sahaja laaaa... Dah puas.. Hehehe 

Jumpa lagi... ✌️👋

Thursday, 29 August 2013

Menyamar kawan

Haloo.. Its being a loooooooooong time since I didnt update a new story of me... Still busying with school stuff... Lol.. Anyway... Ada cerita nak dimukadimah kan... Nak jugak kongsi pasal kawan ni.. Tak tau la, dia ni ikhlas berkawan atau sengaja nak cari iwan sebab tak ada kawan.. Bile tgk balek die lah paling banyak kawan berbanding iwan lepastu kata iwan selalu complaint forever alone la apela.. Dia tak fikir yang setiap orang situasi berlainan. Tapi, iwan break dengan dia sebab iwan tak ajak elin pergi rumah terbuka. Disebabkan tak pergi open house, diorang berdua bergaduh. Biasalah PEREMPUAN, benda kecik DIPERBESARKAN... Apa masalah diorang sebenarnya? 
Hari yang seterusnya, itu 'bitch' jumpa iwan. Muka dia seolah2 dah taknak berkawan dengan iwan. Dia mula kata - 'Disebabkan kan kau aku selalu bergaduh dengan elin'. HOI!!! Kau punya mulut tu, percakapan kau tu boleh buat gaduh tau. Kemudian mula dia ungkit pasal hutang dosa iwan kat dia.. Dia tu tak habis-habis gosip pasal orang lain, kutuk kecacatan orang lain, tak hargai apa yang iwan bagi kat dia... Hello dosa pahala bukan kau yang pegang. Kau tu tuhan ke, malaikat ke? Nak pegang dosa orang. Memang sah kau bukan orang yang bahagia. 
Kawan yang baik tak simpan dendam atau kejahatan dalam diri kawannya.
Sampai mati atau bila2 iwan takkan lupa ayat dia yang biadap tu...
Dia tau pulak sakit hati bila orang panggil dia sakai, dia kata iwan ni punca diorang bergaduh boleh pulak.
Dia ni separuh tak sedar diri, ingat dia jela yang betul. 
Awal tahun iwan pernah minta maaf kat dia sebab iwan punya salah. orang kata manusia cuma ada 2 peluang untuk baiki diri. Tapi ini kali kedua iwan dipersalahkan, dan peluang minta maaf dah habis. Sekarang disebabkan dia, iwan dah tak percaya mana-mana perempuan. Rasanya semuanya sama. 
Mula2 rasa sedih sebab itu jelah keputusan dia taknak berkawan, tapi bila fikir baik bagus juga iwan tak berkawan dengan dia, iwan dah penat nak jaga hati dia. 
Sekarang ni biarlah dia berkawan dengan elin sahaja. Itulan kawan si elin. Iwan tak layak berkawan dengan dia. 
My life is just a beginning... Iwan nak mulakan dengan hidup baru tanpa 'bitch' tu. iwan rasa bahagia pulak. 
The end of the story. Exam SPM lagi beberapa hari sahaja lagi.. Arghhh risaunya.. Lepas spm iwan taknak jumpa muka2 budak yaacob lagi, KECUALI kawan yang terpilih sahaja iwan nak jumpa. Byeeeeeee

Thursday, 7 March 2013

Cabaran awal tahun 2013

7 Mac 2013 - halo... Sudah sebulan tak update blog. Maklumlah sibuk sebab iwan sudah senior tahun ni.. Yeaaa!! Iwan sebenarnya dah berhasrat untuk tak mahu jumpa kawan-kawan yang telah menyakitkan hati iwan. Wopps iwan rasa iwan dah lari tajuk pula. Hehe

Iwan nak cerita tentang betapa mencabar di sekolah di awal tahun ini. Pelbagai masalah yang telah timbul dikeliling iwan. Hummm... Ada yang masalah cinta, dengki, pilih kawan, lupa diri, pentingkan diri sendiri, bangga diri. Iwan juga telah melakukan kesilapan iaitu iwan suka tulis masalah iwan dekat twitter. Sebenarnya iwan bukan nak beritahu satu dunia (padahal iwan guna BM bukan english), tapi iwan rasa tercabar dengan seseorang itu. Tapi iwan telah mempelajari sesuatu tentang masalah ini.
Ada kawan iwan yang sudah putus cinta, mungkin sebab ada pihak ketiga yang dengki dan menjadi penghalang. Iwan tak nak cerita panjang, takut jadi fitnah. Iwan juga telah mempelajari sesuatu dekat mereka iaitu jangan jaga tepi kain orang, jangan kacau kebahagiaan orang lain, kena berlaku adil dalam kasih sayang dan kemanisan cinta.
Persoalannya, kenapa tahun ini lebih handal cabaran dari tahun yang sebelumnya? Ada juga kawan iwan yang pentingkan diri sendiri, bangga diri, pilih kasih. Tapi nak buat macam mana, mungkin sebab ada yang sokong dan terima seadanya dengan perangai sebegitu.
Tapi iwan redha dengan punyai sahabat sebegitu. Iwan sebenarnya cukup sabar dengan mereka, tapi iwan nak menjadi seorang yang berfikir dulu sebelum membuat keputusan. Jangan tunjuk keegoan diri dan kalau ada masalah jangan bermula dengan pergaduhan, mulakan dengan berbicara secara berduaan atau peribadi. Itulah namanya erti persahabatan yang sebenar.
Baiklah sampai sini sahaja iwan punya punya al-kisah. Byebye









Wednesday, 23 January 2013

Meaning : friends

23 Jan 13 - hello... Sudah lama tak update blog sebab dah kering idea.. Ehh?? Yeke?? Humm whatever la...
Tapi hari ini iwan nak bercerita tentang makna sebenar kawan.. Apa maksud sebenar kawan?? Adakah maksudnya mempunyai teman sementara atau selamanya?? Mungkin. Tapi iwan sendiri tak faham kenapa ada kawan yang masih ada perangai pentingkan diri sendiri. Iwan sendiri pun tak suka dengan pendirian macam itu, seolah-olah kena fikir kepala dia jerr!! Kenapa kawan harus pulau-memulau kawan sedangkan ia berdosa jika tidak tegur-Menegur selama 3 hari. Humm!! Tapi apapun nasihat daripada daripada orang ramai. Kita kena pandai cari kawan kerana merekalah yang akan membimbing kita suatu hari nanti.. Kenapa harus membenci kawan disebabkan dipilih kasih diantara kawan dan hal yang lain?? Kenapa nak kena jaga tepi kain orang?? Dan kenapa kawan yang negatif berfikiran sempit apabila tidak ditegur?? Adatlah berkawan. Ada masa kita menegur dan ada masa kita diam. Orang akan naik bosan dan menyampah dan rimas jika hari-hari nak kena selalu berkepit dengan kawannya.
Iwan sendiri pun tak tahu nak kata apa sebab mereka berfikiran sempit dan tak matang dan juga tak kenal erti kawan yang sebenar. Tapi bagi iwan la kan. Jika mereka hendak pulau iwan, tak kisah. Sebab iwan 1000 kali hendak pulau mereka. Kalau boleh tak mahu kenal langsung, kerana berfikiran cetek dan tak matang.
Baiklah sudah ending ini cerita keana iwan pun jenis seorang yang tak cakap banyak dan selalu kurang idea. Tetapi iwan hendak beri beberapa gambar tentang kawan yang sebenar :