Le pics

Le pics
Bxxxh

the story of mine

nuffnang ads

Followers

Saturday, 20 October 2012

pengalaman soalan bocor... kantoi!!!!!

20 Okt 2012 - ok.. nak cerita tentang pengalaman iwan yang kawan iwan ada soalan bocor. Tapi akhirnya kantoi!!! nak tau ceritanya.. ok.. begini cerita nya...
     Masa tu waktu pak din (cikgu Hairudin).. masa pak din dah bunyi loceng.. Then waktu tu iwan tgh sibok jawab soalan exam. secara tak langsung iwan terdengar ada orang sempat bersembang. Iwan malas nak tegur karang kena marah dengan orang itu pulak. sudah tiba Masa cikgu Aisyah untuk masuk kelas... semasa dia nak masuk kelas. ada orang boleh terlepas cakap pasal soalan bocor. tiba tiba cikgu aisyah terdengar.
     cikgu mana lah yang tak syak pasal soalan bocor. cikgu mula la bising melalak pasal macam mana kitorang boleh tahu pasal soalan bocor.. Iwan tak tahu langsung pasal apa apa.... sebab iwan tgh sibuk dengan exam. jadi lepas cikgu masuk. dia mula tanya macam mana kita boleh dapat soalan. then nursyafieqah yazid cuba untuk cover kelas kita...
    Thanks to her because she willing protecting us... tapi iwan still tengah risau pasal paper 1 iwan.. cikgu kata tak boleh markah lebih 30 lebih / 40... sebab nanti cikgu syak kitorang meniru... tapi iwan risau markah iwan lebih dari 30. nanti dia buat dajal kat iwan punya result.
tapi anggapkan sebagai pengajaran buat kelas 4 akaun.

Thursday, 11 October 2012

Yes 4G vs P1 4G

Ok... Harini nak bercerita tentang kedua-dua pesaing ini yang tengah 'PANAS' sekarang ini. Ramai orang complaint tentang setiap apa yang mereka guna. Tetapi ia juga bergantung pada kediaman kita dengan base station dan cara kita guna.


1. Kelajuan

P1 4G menawarkan kelajuan dari 1 mbps - 4 mbps, kadangkala signal P1 boleh hilang serta merta akibat 'lost connection' atau mungkin hujan. Manakala Yes 4G menawarkan 5 mbps - 20 mbps. Kelajuannya tiada komen.. hehehe. Kesimpulannya :

Yes - 1
P1 - 0


2. Kuota

Benda ni orang jarang titik beratkan sebab orang lain cuma tau bukak internet terus guna. Yes memberi
10GB - RM 168,
6GB - RM 98,
4GB - RM 68.....
Manakala P1 pula memberi
30GB - RM 139,
20GB - RM 99(x ingat berapa)...

P1 apabila selepas bayar bil, kelajuannya sangat laju kerana kuota penuh dan apabila sudah sampai lampu merah tamdanya hendak habis, kelajuannya masih boleh tahan.
Selain itu, Yes pula sangat laju tetapi kuota akan cepat habis seperti air mengalir jika anda adalah kuat pengguna dan kelajuannya sangat lambat. Yes ini prabayar dan ia boleh membuat poket anda cepat pokai sebab kuota senang habis dan selalu kena tambah. Annoying kan -,-
Kesimpulanya :

Yes - 0
P1 - 1


3. Jarak jauh

Kalau dari segi jarak jauh kita menggunakan Wi-Fi itu bergantung pada sejauh mana jarak kita punya 'device' dengan modem itu. Tetapi iwan nak bagi markah jela :

Yes - 1
P1 - 1


4. Jenis pengguna

Terdapat beberapa pengguna mempunyai caranya tersendiri terhadap apa yang sedang mereka gunakan. Ada yang suka main game, download lagu dan video, online video. Pengguna seperti ini saya beri :

Yes - 0
P1 - 1

Sebab iwan beri ini kerana (cuba lihat semula di no. 2)........

Manakala bagi pengguna yang hanya membuka laman sosial, google (atau dikenali sebagai laman yang ringan). Mereka boleh guna :

Yes - 1
P1 - 1



5. Hospitaliti

Sememangnya wakil syarikat 4G tersebut menyediakan ruangan untuk mengadu sebarang masalah gangguan internet dan sebagainya. Akan tetapi perkhidmatan Yes terpaksa menghantar email untuk buat sebarang aduan dan tindak balasnya tersangatlah lambat. Manakala P1 boleh membuat sebarang aduan serta merta melalui Twitter atau Facebook. Kesimpulannya :

Yes - 1
P1 - 1



Jadi markah keseluruhan yang telah dibberi ialah

Yes = 4
P1 = 5

Wahhh!! Nampaknya P1 menang dari segi penggunaan dan bukannya dari segi kelajuan.


Oklah setakat itu jer yang iwan boleh bagi sebab ini yang telah lalui oleh iwan sendiri. Jadi apapun yang macam iwan cakap waktu awal2 tadi dengan cara kita guna untuk mendapat kepuasan kelajuan yang tinggi. Kalau kemungkinan iwan ada salah kata dalam konteks di atas harap jangan ambil hati ke apa ke sebab ini cuma lah pengalaman iwan jer. harap anda boleh pilih mana satu yang anda hendak diantara P1 dan Yes yer.. Please be a wise choice. Bye

Wednesday, 10 October 2012

Pilih kawan yang betul

10 okt 12 - ok. Hari ini iwan nak bercerita tentang kenapa iwan xanggap dia sbgai kawan baik dan tak dekat dailami. Ok ceritanya bermula tahun lepas. Lepas dia balik dari prtandingan nasyid. Perangai dia sudah berubah, dah macam bukan budak yang masa awal tahun dia masuk kelas 3 $&@&$... Waktu awal tahun iwan sangat rapat dgn dia tetapi dia seperti x menghargai iwan langsung. Xpe iwan redha. Selepas bulan 6 iaitu yg nasyid tu dia dah kurang sikit layan iwan. Mula lah nak pulau iwan, iwan panggil x nyahut, etc la yg mmbuatkn iwan sbg tunggul pada dia. Pada bulan september iwan start rapat dengan dailami. Dia dikira kawan baik la sbb apa2 hal dia akan cari iwan .. Kengkadang ada gak saket hati ngan dia tp dh nama kawan. Msti ada yang x puas hati.


Tetapi lepas PMR ramai salah sangka iwan berkawan ngan dia termasuk a**c***.. Yang iwan anggap kawan baik langsung x paham my situation... Ttp pada prtengahan tahun 2012 dia dh rasa lain mcm sbb iwan asyik mncari Dailami.. Ttp iwan sebenarnya nak cakap kat dia '' waktu aq rapat ngan kau xnak lak hargai aq, tapi bile aq dh rapat ngan orang lain baru kau tahu nak ckp blakng psal aq ngan dia''..


Iwan cukup sabar dengan perangai ego dia, kalau nak buat gurauan. dia memang kasar sehingga orang itu trmasuk iwan boleh trcedera tau. a**c*** juga bukan penyimpan rahsia sbb iwan pernah bgtau rahsia dekat dia tapi dia bgtau orang lain secara sengaja dan orang lain pula tahu. Sejak kawan baik iwan tak ada, iwan tak ada tempat untuk buat lawak and berseronok tapi cuma ada nadiadya jela. Hummm


Orang tak boleh tengok orang lain lebih sikit daripada dia, sebab itulah dengki semakin membuak2 di dada. Tetapi dia sering menjadi perhatian orang ramai lebih2 lagi dengan kepandaian dia. Dan juga dia seorang yang bangga diri sehingga orang lain x sedar akan sifat itu. Sebab dia pandai ambil hati orang lebih2 lagi perempuan di dalam kelas.


Hope tiada siapa salahkan iwan sebab misjudge dan berhasrat dengki terhadap dia tetapi itulah hakikatnya. Iwan ada bertanya kepada bekas PPKI iaitu Muhd Arif, Nadia Shuhada, Aina Izlyn. Mereka bertiga memberi pandangan yang sama terhadap sifat dia yang suka lebih2.....



Ok lah sampai di sini sahaja. Exam dah nak dekat boleh lagi brgosip2 pasal dia lak.. Hahahh... Klah bye.. Kalau ada yang terasa harap diampun dan kepada tuan yang iwan tgh gosip ni sedar apa yang iwan tulis, harap dia berubah dan learn his lesson.

Virgin Coconut Oil (VCO)

..Apakah itu minyak kepala dara?..

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930 an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepualauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamnnya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.

Fungsi&Khasiat VIRGIN COCONUT OIL(VCO) keluaran Catalyst :


Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan .
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4. Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5. Mengatasi masalah kulit berminyak

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri

contact us for more ;

email at : lovesha.sha1209@gmail.com
sha : 017-2586462
rafael : 017-3841546
http://shaliciousforcatalyst.blogspot.com

Tuesday, 2 October 2012

Pengalaman

Ok hari ini iwan nak bercerita tentang pengalaman. Bukan pasal iwan punya pengalaman tapi apakah yang dimaksudkan pengalaman. Ia bermaksud sesuatu yang telah kita lakukan apabila sesuatu itu kali pertama buat kita atau memang sudah pernah buat tetapi berlainan caranya. Dengan pengalaman itu kita boleh dijadikan pengajaran buat kita dan sejarah yang manis buat kita. Tapi janganlah pengalaman itu dikawal oleh orang lain kerana kita ada hak untuk memperolehi pengalaman diri kita sendiri. kita harus pandai memilih pengalaman yang manis dan pahit, itu tergantung pada kita bagaimana kita memilihnya. Sesekali pengalaman itu telah kita lalui, kita tidak boleh berpatah balik dan itu dijadikan sejarah dalam buku kita. Masa juga memainkan peranan sebagai kita punya tempoh masa pengalaman tersebut. Ia boleh dikaitkan dengan takdir, nasib dll. nasib atau takdir walaupun Allah SWT yang tentukan. Tetapi kita juga ada kuasa untuk memilih nasib atau takdir yang betul. Ok lah sampai sini sahaja iwan nak kongsi. Apabila kita sudah mendapat pengalaman tersebut, cuba lah hargai dan bersyukur dengan apa yang telah berlaku. Anggapkan pengalaman kita sesuatu sejarah, mana tau kita boleh mengingati perkara yang dah berlaku dan juga boleh dijadikan pengajaran supaya segala kesalahan yang telah kita lakukan boleh diperbaiki dimasa hadapan InsyaAllah. Bye

Tips Mudah Untuk Anda Menghindari Jerawat

Korang mesti ada rasa apa-apa bila kulit korang dah jadi kusam, jeragat, dan kering. Tapi ada tips apabila berada di luar rumah yang sangat berhabuk.

10 Tips Mudah Untuk Anda Menghindari Jerawat

1. Jangan Berjemur di bawah terik matahari

Sinar UV boleh menyebabkan kulit berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan berkedut. Terdapat juga produk jerawat seperti retinoid topikal yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih sentitif selepas berjemur.

2. Rambut tidak tutup muka

Jika anda mempunyai ramput yang panjang, pastikan rambut diikat supaya tidak menjadikan jerawat anda lebih teruk kerana ditutup oleh rambut terutamanya pada waktu siang. Tahukah anda, rambut mempunyai minyak yang juga boleh menyumbang liang kulit muka walaupun anda tidak menggunakan sebarang produk rambut?

3. Elakkan menyentuh wajah

Menyentuh atau meraba muka boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk terutamanya ketika berpeluh, Oleh itu, pastikan anda kerap membasuh muka setiap kali selepas anda berpeluh.

4. Minum Banyak Air

Minum air suam dengan banyak boleh membolehkan kulit anda setiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. Inilah dua vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikkan pada kulit anda. Sayur-sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan juga brokoli kaya dengan vitamin E. Vitamin A pula boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna sepeti lobak, buah pic dan sebagainya.

5. Jangan Picit

Sekiranya anda memicit jerawat ia bukan sahaja bertambah teruk malah boleh meninggalkan parut kerana di terdapat pelbagai kuman yang ada pada jari anda. Cuba tahan apabila anda ternampak jerawat mula tumbuh. Sebenarnya terdapat alat yang boleh anda gunakan untuk memicit jerawat tersebut. Itu pun setelah jerawat tersebut masak barulah anda boleh memicitnya.

6. Gunakan sabun bebas minyak

Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilihlah produk yang mempunyai label oil-free, nonacnegenic atau noncomedogenic.

7. Jangan takut makan makanan kegemaran

Ia hanya mitos jika anda menganggap makanan berminyak dan coklat boleh menyebabkan jerawat. Jerawat berlaku apabila liang-liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit dan juga bakteria yang menyebabkan keradangan.

Sekiranya terdapat jenis-jenis makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat, elakkan dari makan makanan tersebut. Tetapi anda tidak perlu menolak pizza dan juga coklat untuk mendapatkan kulit yang cantik.

8. Elakkan cuci muka berlebihan

Kulit yang kotor bukanlah punca utama munculnya jerawat. Jika anda mencuci muka terlalu kerap dan kasar, ia akan menyebabkan muka mudah luka dan sensitif. Malah ia boleh menyebabkan jerawat lebih parah. Skrub dan sabun yang mempunyai kandungan kimia serta kasar juga boleh merosakkan kulit wajah. Sebaiknya, basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat dua kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air yang bersih.

9. Elakkan Kosmetik Berasaskan Minyak

Elakkan menggunakan bahan kosmetik yang banyak berasaskan minyak. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit terseumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan seperti bedak. Oleh itu, kemungkinan lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Cuci muka anda terlebih dahulu sebelum dan selepas anda bersolek,

10. Gunakan ‘Sunscreen’ Bebas Minyak

Sunscreen atau pelembab yang mempunyai sun protection factor (SPF) 15 ataupun lebih tinggi menyediakan perlindungan meluar dari sinaran ultraviolet (UVA) dan juga UVB. Gunakan produk yang mempunyai label non-comedogenic. Ia juga boleh mengelakkan liang kulit anda daripada tersumbat.

Filem / Drama Melayu tak laku / seronok

2 Okt 2012 - Era dunia globalisasi kini semakin maju dan masa makin kedepan. Tetapi kemajuan perfileman di Malaysia sangatlah lambat dan pihak produser masih lagi berfikiran kebelakang. Iwan tak tahu kenapa penerbit di Malaysia susah sangat nak maju , ataupun Finas memang kedekut bajet. Mentang2 lah mereka yang handle filem dan drama di Malaysia, tetapi janganlah sampai mengabaikan dunia perfileman yang sudah lama maju lebih2 lagi di Amerika Syarikat yang sejak dahulu lagi sudah pandai untuk membuat filem 3D dan boleh dikatakan satu tahun negara itu menerbitkan 100++ filem. Filem Malaysia tidak ramai yang mengunjungi ke pawagam disebabkan DUIT.. Rakyat Malaysia amat menitikberatkan tentang duit kerana ia boleh buat apa2 sahaja lebih2 lagi kalau nak convert duit ringgit ke dollar dan pound sangatlah mahal. Hahaha lari tajuk lak.. Rakyat di negara ini suka memilih cerita di luar negara kerana ia sangat berbaloi sebab filem di luar negara sangat menarik dan tidak sia2 kan duitnya berbanding dengan filem di Malaysia.. Rakyat Malaysia tidak suka tonton filem tempatan sebab ia dianggap membuang duit dan sia2 kerana filem tempatan boleh dikatakan cliché (basi).. Jalan ceritanya kita boleh dibandingkan dengan filem lain dan jalan ceritanya SANGAT sama dan boleh meramal selepas itu dan setiap tahun asyik genre yang sama sahaja. Bajet filem Malaysia sangat sikit, penerbit tempatan langsung tiada usaha untuk meningkatkan bajetnya. Filem Hollywood menghasilkan paling minimum $20 juta(mungkin). Kemudian, penerbit tempatan sudah kering idea, itu yang membuatkan tak ramai penonton ingin menonton. Sama juga dengan drama. Hari2 drama cinta dan konsepnya sangat sama dan cliché. Kalau ada filem yang menghasilkan CGI (computer-generated imagery) tetapi suka buat sampai habis dan bajet nya sangat sikit seperti filem '29 Februari'. Yang menghasilkan CGI + 3D pertama Malaysia. Tetapi filem itu terlalu banyak menggunakan komputer sampai tak ada langsung scene yang asli. Malaysia adalah negara yang sedang membangun tetapi pemikiran di negara ini tidak membangun. Apapun Iwan bangga menjadi rakyat di negara ini sebab tiada pergaduhan di antara satu sama lain. Kalau pasal B**s** tu lain cerita. Ni bukan politik k... Hahahaha.. Ok la.. Bye..