Le pics

Le pics
Bxxxh

the story of mine

nuffnang ads

Followers

Thursday, 11 October 2012

Yes 4G vs P1 4G

Ok... Harini nak bercerita tentang kedua-dua pesaing ini yang tengah 'PANAS' sekarang ini. Ramai orang complaint tentang setiap apa yang mereka guna. Tetapi ia juga bergantung pada kediaman kita dengan base station dan cara kita guna.


1. Kelajuan

P1 4G menawarkan kelajuan dari 1 mbps - 4 mbps, kadangkala signal P1 boleh hilang serta merta akibat 'lost connection' atau mungkin hujan. Manakala Yes 4G menawarkan 5 mbps - 20 mbps. Kelajuannya tiada komen.. hehehe. Kesimpulannya :

Yes - 1
P1 - 0


2. Kuota

Benda ni orang jarang titik beratkan sebab orang lain cuma tau bukak internet terus guna. Yes memberi
10GB - RM 168,
6GB - RM 98,
4GB - RM 68.....
Manakala P1 pula memberi
30GB - RM 139,
20GB - RM 99(x ingat berapa)...

P1 apabila selepas bayar bil, kelajuannya sangat laju kerana kuota penuh dan apabila sudah sampai lampu merah tamdanya hendak habis, kelajuannya masih boleh tahan.
Selain itu, Yes pula sangat laju tetapi kuota akan cepat habis seperti air mengalir jika anda adalah kuat pengguna dan kelajuannya sangat lambat. Yes ini prabayar dan ia boleh membuat poket anda cepat pokai sebab kuota senang habis dan selalu kena tambah. Annoying kan -,-
Kesimpulanya :

Yes - 0
P1 - 1


3. Jarak jauh

Kalau dari segi jarak jauh kita menggunakan Wi-Fi itu bergantung pada sejauh mana jarak kita punya 'device' dengan modem itu. Tetapi iwan nak bagi markah jela :

Yes - 1
P1 - 1


4. Jenis pengguna

Terdapat beberapa pengguna mempunyai caranya tersendiri terhadap apa yang sedang mereka gunakan. Ada yang suka main game, download lagu dan video, online video. Pengguna seperti ini saya beri :

Yes - 0
P1 - 1

Sebab iwan beri ini kerana (cuba lihat semula di no. 2)........

Manakala bagi pengguna yang hanya membuka laman sosial, google (atau dikenali sebagai laman yang ringan). Mereka boleh guna :

Yes - 1
P1 - 1



5. Hospitaliti

Sememangnya wakil syarikat 4G tersebut menyediakan ruangan untuk mengadu sebarang masalah gangguan internet dan sebagainya. Akan tetapi perkhidmatan Yes terpaksa menghantar email untuk buat sebarang aduan dan tindak balasnya tersangatlah lambat. Manakala P1 boleh membuat sebarang aduan serta merta melalui Twitter atau Facebook. Kesimpulannya :

Yes - 1
P1 - 1



Jadi markah keseluruhan yang telah dibberi ialah

Yes = 4
P1 = 5

Wahhh!! Nampaknya P1 menang dari segi penggunaan dan bukannya dari segi kelajuan.


Oklah setakat itu jer yang iwan boleh bagi sebab ini yang telah lalui oleh iwan sendiri. Jadi apapun yang macam iwan cakap waktu awal2 tadi dengan cara kita guna untuk mendapat kepuasan kelajuan yang tinggi. Kalau kemungkinan iwan ada salah kata dalam konteks di atas harap jangan ambil hati ke apa ke sebab ini cuma lah pengalaman iwan jer. harap anda boleh pilih mana satu yang anda hendak diantara P1 dan Yes yer.. Please be a wise choice. Bye

1 comment:

  1. i choose both sbb terpaksa:
    yes sbb kat opes xde line p1..mmg kuota mcm air...
    P1 kat umah.. setakat ini terbaik cuma masaalah line yg dikatakan oleh cs rare case .. hahahah
    digi for my henpon...

    ReplyDelete